Friday, April 30, 2010

misteri

ha kebabom tak title entry aku??
hari ni aku pergi pam tayar.sebab masa aku nak pergi makan dengan sheila pagi tadi.tiba-tiba perasan macam tayar tu takde angin.so,aku pon ajak la nazreen pergi teman aku pam tayar.malu la nak cakap aku tak reti nak pam tayar.so aku akan cakap camni.aku tak biasa la nak pam tayar kereta ni.aku selalu pam tayar kapal terbang je.boleh?haha.
dah lepas pam tayar.aku,sheila dengan zaza nak pergi makan pizza.so station seterusnya pergi selayang mall.time lepas traffic light dekat depan selayang mall tu,tiba-tiba macam bunyi benda meletop.so aku da gabra.muka da pucat.aku ingat tayar aku meletop da.
dengan tak menyempatnya,aku parking dekat tepi jalan.sheila dengan zaza dah keluar da.tengok tayar aku dulu.
tayar takde apa-apa pon.kalo pancit mesti tayar kempis.temperature tak naik pon.kalau semua tak je.habis tu apa yang meletop tadi??
sebab aku rasa bunyi tu macam kat tepi aku je.misteri betol.kalah misteri nusantara kes aku ni.
pck razak tolong tengokkan kereta drift saya.tolong.tolong.nanti saya belanja air cincau.haha

boleh??

petang tadi masa time lunch.bed suruh aku beli topup untuk dia.ok.fine.aku pergi la beli.
bed pesan : wani, ko beli je topup ni kat kedai apek yang sebelah petronas tu.ko kan nak pergi pam tayar kereta sekali nanti.
aku jawab balik : ok bed.rm5 duit upah ye.<-------ok yang ni aku tipu.haha
ok.aku pun meneruskan perjalanan untuk beli topup bed.
jalan punya jalan.
dan jalan lagi
aku pon jumpa kedai apek yang dicari-cari selama ni.
so,aku pon masuk..
jeng2...
tiba-tiba aku rasa kagum pulak.tak pernah lagi aku jumpa kat kedai cina yang aku pergi ada signboard camni.
dia tulis apa taw??
dilarang menjual minuman keras kepada orang islam dan budak dibawah umur 18 tahun..
sangat bagus signboard macam ni..
kagum.kagum.kagum
berapa banyak kagum da..

Thursday, April 29, 2010

huyyo kamil da ada blogg..

kawan aku,kamil.

lupa?

ala, yang selalu menyibuk suruh letak nama dia kat blog aku ni..

tak kenal lagi?

ala yang suka cakap nak best je tu...

yang mana satu?rupa dia camne?

ala yang bibir besar tu..lagi satu, suara dia kalau ko duduk kat shah alam pon boleh dengar kot.

dah boleh cam da?tak boleh lagi?

yang suke taching pon dia gak..




ok2 sekarang da kenal kan?

yang aku nak cakap sekarang.dia dah ada blog.


tahniah.tahniah kamil.haha <---------- aku cakap tak ikhlas ni.






tapi




























dia sangat baik.sebab temankan aku ngan sheila main bunga api.hehe

Wednesday, April 28, 2010

kereta da siap miss..

huyyo huyyo.hari ni aku update dekat ofis.hrm.baru lepas submit kertas kerja kat bos.fuuhhh(jampi sikit) harap-harap dia takde komplen banyak ye.dah lah nak habis l.i ni.lagi maw kasi banyak kerja.dah la aku punya report tak siap-siap lagi.haihh

kereta aku dah sihat dah.pagi tadi takde dah driver kehormat aku yang hantar pergi kerja.tapi yang tak tahannya enjin kereta kancil aku dah bertukar jadi enjin kereta drift.pahal?haha.pakcik razak punya kerja memang lah camni.

so,kalau lu orang nak race ngan gua.tarak hal la.dengar je bunyi enjin kereta gua,semua jadi kecut.haha.tiba-tiba pulak cakap jadi ganas kan.

Tuesday, April 27, 2010

anugerah TERcemerlang

Hari sabtu lepas,aku pergi hantar atiqah ke sekolah dia.
Motif : dijemput untuk ambik anugerah cemerlang SPM dia tu.

hari tu yang pergi aku,mak,pak cu ngan atiqah je.budak dua orang tu sekolah.pak cik razak pulak kerja.so,tengok je la gambar yang tak seberapa ni.hehe.


yang baju putih ni kawan mak aku.yang baju hijau tu anak dia,kawan kelas adik aku.yang tudung oren tu cikgu adik aku.yang baju oren tu minah market.haha.(ampun pn azlina.gurau2 malam selasa.hehe)yang baju biru tu adik aku.so setel.semua korang dah kenal kan?



ok.mari bergerak ke gambar seterusnya.....

yang baju kuning tu pak cu aku.nak jugak ye bergambar.hehe.Pn Azlina nampak gemok plak.haihh.lama tak bersenam ni.
ok, kita ke gambar yang terakhir.gambar yang paling hot dan kebaboomm..

yang baju hitam tu minah comel tahun 2009.haha.so sila fokus pada baju ye..baju baru.first time pakai.haha.tapi memang selesa.(ambik hati je)haha..tapi seryes ye.selesa la pakai.
buat peace tu aku rasa memang wajib da kalau aku nak bergambar.ngee~



Monday, April 26, 2010

pantai hillpark...

aku sebagai orang penting dalam aktiviti nih.orang penting jadi cheerleaders.tak kuasa aku nak terjun sekali masuk dalam pool tu.hahaha.sila amati betul-betul.pose yang menarik lagi terbaik aku buat.haha
owh yeah.pn azlina diapit oleh kedua-dua makcik ku.yang budak kecik tu anak makcik aku.sibuk je nak mandi sekali.hehe



pada minggu ahad yang lepas-lepas..bape banyak lepas da.aku dengan family pergi rumah makcik aku kat pantai hill park.




motif : untuk celebrate birthday mck shaha




tu motif asal ye.tapi selain dari motif tu,kami ada motif sampingan lain.so sila2 tengok gamba bawah.








ye, mak cik paez.kenapa pandang belakang ni.saja la tu nak marketkan muka masuk blog i yang hot kebabom ni.haha.*euuwww,wani perasan*







kanak-kanak riang sibuk mandi..
p/s : act gamba ni berterabur la.aduhai.nampak sangat aku tak reti susun gamba.haha

Wednesday, April 21, 2010

cupcake!

Geng cupcake.patot la terlebih jadi.ramai kot pembuat dia.haha..

almaklum la baru first time buat.so takde la cantik mana topping dia.lagipon buat cupcake ni secara suka suki je.

Cupcake sebelum dibakar.time ni cantik la lagi.da bakar, habis semua isi terkeluar dari cup.so sila buat-buat paham lah kalau aku tak upload gambar cupcake yang telah siap dibakar without topping.


tangan misteri yang menggodam mixture cupcake nih.ceiitt,patot la tak jadi.hampeh!haha.
p/s: terbaru,aku ada buat cake butter.jadi la pulak.macam nak tercapai je azam aku.*perasan*.
"baru sikit buat tu pun nak kecoh". <-------dialog ni kan korang nak cakap ngan aku??
so aku nak cakap balik
ada aku kesah??haha



Thursday, April 15, 2010

hero aku??

ouh yeh!saya mau start berangan tahap gaban disini.haha.mau berangan tentang apa ye?*berfikir sebentar sambil makan coki-coki*ok2 dah lama tak berangan pasal hero idaman.*ok,tipu.baru sem lepas berangan pasal ni.sebab wani sangat gatal meroyan sekarang.*masa kecil2 dulu selalu berangan nak hero macam dalam cerita snow white,cinderella,beauty and the beast.rasa macam best je kalau dapat hero macam ni.lagi2 bila part kiss last2 tu.nampak sangat sweetnya.*masa kecik2 pon aku dah start gatal*.nampak sangat masa tu,cerita2 macam ni sangat influence aku.
masa sekolah menengah pulak.berangan sangat nak hero macam dalam cerita korea yang selalu aku tengok.hero dalam full house dengan my girl.romantik habis la hero2 macam ni.dah la comel giler.kelakar pon kelakar.
fuhh.kalaulah aku dapat boy macam ni.bestnya lah.haha.*mood = berangan*
tapi sekarang ni dah matang sikit.aku hanya perlu boy yang boleh menjadi suami dan sahabat yang baik untuk aku.faham aku.kelakar.sayang dekat aku.dan of course la nak yang beragama kan.macam ayah aku.

*kepada sheila.kalau dapat ciri2 camni tolong la kenal kan kat aku.hahaha*
kaya tu bonus je kalau dapat.yang aku listkan kat atas tu belum tentu boleh dapat kot.tapi aku saje gedik nak buat list camtu.nama pon mood tengah berangan.haha

tak ada title

hrmmm*mengeluh*
aku sebenarnya tak ada arah tujuan untuk menaip.dah namanya tak ada arah tujuan mestilah tak ada idea sekali kan?kan?so, aku akan merapu sebanyak yang boleh.
sekarang ni aku begitu excited menghitung hari untuk habis li.kadangkala tak sabar nak cuti dan belajar balik.kadangkala pula rasa macam tak best pulak nak tinggalkan rumah.haih,sabar sajalah.bukannya apa.aku bosan bila pergi kerja,asyik duduk menghadap lappy,then buat report.kalau malas sikit *ok2,tipu.aku malas banyak*aku main game pulak.hisyh.tak best betul hidup kalau tak buat kerja.
aku tengah pertimbangkan ni.nak pergi jumpa bie ke tidak hari sabtu ni.konfius sikit.tapi aku nak sangat jumpa dia.so aku kena decide dari sekarang.nak pergi ke tak nak.nak?tak nak?nak?tak nak? so,howw???

Sunday, April 11, 2010

hari tu aku balik kampung.sebabnya wan aku sakit perut.dia sakit perut tak boleh kentut dan buang air besar.sakitnya pulak belah kiri je.aku sangat sedih ok.wan aku yang jaga aku dari aku baby lagi.bila balik kampung,aku akan tidur ngan dia.peluk dia.aku menangis (ya,saya sangat sensitif kalau berkaitan hal ni) bila aku telefon then dia cakap `wan ingat takut tak dapat jumpa ayong da nanti'.aku berdoa hopefully wan akan sihat then boleh pergi memancing ngan tengok WWE.. :)

aku?

mengapa saya adalah nurshazwani???

1) saya seorang yang sangat penakut
2)saya seorang yang suka bergosip
3)saya seorang yang pendiam (ehem!pendiam ok..)
4)saya seorang yang suka berfikiran negatif
5)saya sangat sensitif
6)saya selalu emosi
7)saya sangat suka pendamkan perasaan sendiri.masalah saya adalah masalah saya.
8)sangat tidak tahu menjaga hati orang lain
9)saya seorang yang blur
10)saya seorang yang tidak suka memikirkan masalah yang remeh (pada saya lah)
11)tidak tahu menunjukkan kasih sayang pada orang lain
12)keras kepala,degil (adakah saya??not sure)
13)sangat kelam kabut
14)tidak suka memandu kereta (ini sangat penting)
15)saya bukan seorang yang bijak pandai
16)sangat suka merasa rendah diri
17)tidak suka tidur diganggu
18)saya sangat tidak cekal!

adakah saya menyesal menjadi diri sendiri??
nope!
terlalu banyak kekurangan dalam diri saya..huh!

Wednesday, April 7, 2010

thanx sheila

  • terima kasih kepada cik sheila kerana telah berjaya membawa saya ke low yat untuk membeli ink cikai printer saya.
  • terima kasih kepada cik sheila kerana telah menumpangkan saya balik ke rumah lepas waktu kerja.
  • terima aksih kepada cik sheila kerana telah menumpangkan saya di rumah anda dalam masa sehari.
  • terima kasih kepada cik sheila kerana telah memperkenalkan kepada saya guru sketch up yang power rangers.walaupun semua kerja cikgu tersebut yang buat.
  • terima kasih kepada cik sheila kerana telah membawa saya makan.kalau tak makin berkurang saiz pinggang saya (yang ni agak perasan ok)

dan terima kasih sekali lagi kepada cik sheila!

p/s : terima kasih kepada mahaguru kerana telah mengajar dan sekaligus membuat sketch up untuk saya.

kereta rosak..

seperti sedia maklum, kereta kancil ku sedang dalam proses pembaikan di bengkel.keadaan nya sekarang kelihatan kembali stabil dan diharap akan cepat sembuh dalam masa terdekat.kesian la kepada saya wahai kereta.macam mane nak gi li ni...haih!

si comel yang terhangit!

budak kecik kat atas ni namanya ain.anak mak cik aku.dia ni suka orang ambil.terus tak meragam.gedik macam mak die jugak.haha.(jgn marah cik ida,nnt kene jual)tapi aku suka ngan budak ni sebab dia suka kat aku.hahaha.



ni pulak anak kakak sedara aku.comel sangat.da la baik je.dia tak kisah langsung kalau orang lain dukung dia.sangat sempoi!rupa dia pon ada sikit2 macam adik sedara aku.hehe
psst: bukan senang nak dapat dukung dari org glemer di atas,so kene berbangga ye wahai baby2 comel kat atas..

new post!



caption : hep!jgn tgk lame2 sgt gambar di atas..nnt tergoda..hahaha
masa aku balik kampung hari tu, aku ada pergi kenduri abang sedara aku.sambut menantu je pon.then,aku tolong la buat makanan pengantin.gila ke apa suruh aku hias makanan2 ni.ingat aku tak reti la tu.memang pon tak reti der.tu pon main cucuk2 je.nasib la.nanti makan gak(aku berpikir)haha.sesiapa yang nak khidmat mengubah makanan pengantin sila contact saya ye.haha.bangga sekejap..